Tuesday, November 13, 2012

suraj hua madham

ASSALAMUALAIKUM

lama tak merapu meraban dalam ruangan ini. ahh skema la plak aku.


Suraj hua maddham, chaand jalne laga Aasmaan yeh haai kyoon pighalne laga....


lagu ni dgq time hujan mau layan kpla angguk2 jugak laaa..melayang ja rasa.serius.


tetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt tettttttttttttttttttttttttttttt


sebenaqnya aku dah nak cuba update blog ni beberapa kali.tp ternyata hasrat aku selalu terkandas ditengah jalan. asal dah mula menaip jari2 menari ats keyboard tanpa segan silu aku akan tekan balik backspace. mengenangkan kekadang pekara itu terlalu peribadi dan sgt hmmmmmmm atau sobss sobss utk diadaptasikan kedalam blog ini.maka aku pun membatalkan niat itu.err bahasa apa aku guna ni.


sejauh mana pun aku cuba nak try update tapi kalau mood aku tetiba hilang  maka terbengkalailah kerja tu.


sebab tu ada org pesan.kalau nk buat sesuatu bnda hati kena konkrit mau kental.jgn buat kerja separuh jalan. aku la tu jnis buat kerja separuh jalan T_T


bila aku nak serius.ada ja bnda nak halang aku dri serius.


p/s pathetic me T_T.serious.







Argh.....Sentap!

Monday, August 6, 2012

hilang

Habis bukak posa semalam.aku gosip ngn puan adik sat..dia dok cerita muhong apa pun aku tatau laa.selaku kakak yg berbudi bahasa aku kekalkan posisi telinga mndgr dan memberi respon..

setelah nmpk kian hanyut,abah teguq.. 'hoi smayang maghrib dak lagi?' ya ALLAH sggh aku leka dgn dunia..aku membuat pergerakan menuju ke toilet.amek aiq smayang *perlu crita ka*

habis ja solat.lepas bagi salam tu..tupp tupp adek aku ketuk pintu.mai habaq LCW nuuuu..

DAMN ! aku lupaaaaaa

aku bingkas bangun.meluru ke ruang dimana telibision teragung ditempatkan..

mula laa sesi aku menggila sorang-sorang..abah pie surau.mak lari pie dok sudut lain.dia mmg mngaku kalah dah kalau bab2 nk mnyokong ni.dia kata tension ! adek aku dok buat bajet cool apa tatau depan laptop..aku membiarkan dia dgn dunianya

aku menjerit mengilai sorang2.serius aku tak sanggup nak lalui saat tu lagi.seksa diaaaa yaaa amat perit ! jantung tu mcm dok lari umpama Usin Bolt nk cipta record dunia.. sobs sobs..sungguh aku mmg over bab2 sokong team malaysia
habis bantai aku pukoi2..sampai satu tahap Lin Dan LEADING aku mute suara tibi.aku tamau dgq sora penyokong..sobs sobs..
*aku mula mute tibi time second set
*actually aku mute smpai hbs game.
*telinga aku tutup

aku menonton tibi dgn melihat tanpa mendengar

TENSION TAU DAK TENSION

first set.aku gembira.mula second set aku risau dah
bukak2 twitter ada plak makhluk asing pie tweet " Lin Dan selalunya akan kalah satu set dan akan memenangi lagi dua set "
ambek hang ! aku benci sapa hat tweet tu.dia tmbah tekanan darah tinggi aku lagi

tension KUASA DUA PULUH LAPAN
 ternyata apa yg makhluk tu tweet benar..sobs sobs

set kedua dan ketiga LD menang

paling tak tahan saat akhir set 3 tu..TAUBAT ! AKU TAK TIPU.aku tension mcm bangang !

last point tu membuatkan aku hilang macho.bergenang aiq mata aku wey..sobs sobs

aku paling tak leh tgk muka LD.arghhh mcm nk pie kentut ja kat dia..muka puas gila !siap bukak baju lagi..LCW tercangkung kat gelanggang.coach dia pie peluk dia

nahaiiiiiii sebak wey sebak..HILANG MACHO wey.hilang..

p/s pingat PERAK tu lebih bermakna dri pingat emas LD..sbb apa..sbb pingat perak tu la LCW tau betapa ramai supporters yg dia ada.rakyat malaysia tak sokong dia bila dia dpt emas ja..tapi sokong dia setiap masa setiap ketika. .

aku rasa slogan Merdeka ni letak nama LCW pon rasa lagi patriotik dri 'Janji ditepati' tuu
Argh.....Sentap!

Monday, July 16, 2012

Pull-on

ASSALAMUALAIKUM handsome hotstaff jelita manis dan tawar sekalian..

dua tiga hari ni mood MALAS aku agak menebal..sumpah tak tipu *arrr ada ka MOOD tak mls dlm kehidupan sharian aku? * ada satu bakul penuh baju tak basuh lagi..oh myyyy.bila nak insaf.patotla mummy melarang keras aku bernikah mudah *galak hendak berkahwin awai,angkt tong gas pun x larat.damn*

dalam mood aku malas dan otak kosong seperti lagu najwa latip (aku tgk njwa latip makin gemuk ja,msti dia lupa minum herbalife selama seminggu) boleh la pulak aku terima tawaran pie melencong ke GURNEY..hewhew..

aku kesana dgn menunggang kuda yg dipinjam dri seniorita..rasa mcm nk kentut kuat2 ja sbb tak mampu bwk kura-kura aku mai sini

*kura-kura adalah sjenis species yg lahir dri kumpulan karnivor yg hidupnya hanya minum dan mkn petrol dri kumpulan Shell. kura-kura juga dibawah nama kumpulan Ego S yg comel dan mutu gaya serta keunggulan.

pie seberang naik kuda mmg berbaloi dan amat menjimatkan ongkos kerna hanya rm3 diperlukan utk membeli rumput bg kuda itu mkn.rumput itu aku beli kat petronas sblm brtolak ke seberang.

GIRANGNYA !

*kalau naik prebet even pie jusco saja mau kena rm5 sorang.owhh beban.beban.rm 5 tu aku boleh beli swiss roll london perisa coconut kat koop sbnyk 15 bungkus.

berbalik kpd perjalan Pull-on (pulun adalah kata akar kpd kosa kata ni) kami ~~

gila kambing ! kami dok membuang masa kat sana naik turun mall selama 3 jam beberapa saat.tanpa beli apa2 kecuali COOL BLOG perisa chocolate disertai pearl2 yg meriah..
aku rasa hebat gila sbb aku sanggup meredah lautan ke seberang semata-mata membeli cool blog perisa chocolate tersebut.owhhh sentubuh.

ni semua gara2 kerajaan tak naiktarafkan pempayaran elaun kpd guru pelatih.SILA TAKE NOTE
aku perlu membela nasib guru pelatih~

on the way balik kena tahan ngn abg hensem JPJ..aku ada lesen beb.aku cool ja.bengap benar keadaan ni.nseb baik jmpa cukai jalan utk si kuda bernombor plat KAK 5474.. aku melempar cukai jalan atau nama englishnya road tag kemuka jpj tu *aku tipu wey*

smpai ke gelanggang IPGKTB around 10..
angkt tgn kat encik guard
naik tangga ke bilik
bukak pintu
lempaq badan atas katil
bukak FB TWITTER
TERtidoqqqq
bgn solat isyak
dan terus bergelumang kmbali ke dunia khayalan~~


gadis manis yg menempuhi hari-hari hujung minggu dgn pekara yg entah apa-apa

p/s even hanya  cool blog yg kami dpt.kami still enjoy..sbb apa? sbb kami awesome

BAPAK MURAH ! ANGKAT
ini entry bodoh dan sampah.walaupun sampah ia tetap berbau wangi seperti minyak wangi
Argh.....Sentap!

Wednesday, July 11, 2012

regret

ASSALAMUALAIKUM..muahhh kiri muahhh kanan..

kalau org tanya.apa yg you akan buat if you could turn back the time? aku tau soalan ni mmg lame.poyo dan agak menjengkelkan bagi org yg awesome sprti aku kamu dan kamu ini.BUT..

let's think.dlm kehidupan ni,mesti you have something yg you regret sgt2.kalau tak regret sgt2 pon regret saja pun mesti ada kan.ada kan? jgn dok nk membongak aku wey.aku ada magik.aku tau..hewhew

kalau aku.if i could turn back the time...aku sebenaqnya nak SANGAT BELAJAQ elok2.cun2.dan manis2 to get a BETTER AND COOL RESULT for SPM..aku bukan tak bersyukur dgn result yg dh aku dpt ni.. but actually cita2 aku tinggi beb.tinggi sgt.sampai nak naik tangga pun penat wey..tapi masalahnya dulu aku tak cuba pun nak naik tangga tu betoi2. *nak naik buat apa tangga,lif dok ada* aku main2 ja lebih.aku menyesal :( *mnagis air mata berjurai*

kawan baik aku merangkap sahabat suka duka dan sahabat melepak dihujung minggu minum teh ais akan fly.insyaallah..aku tumpang yg dia ja la.seriously aku bangga dgn kawan2 aku yang boleh fly gara-gara mempunyai otak yang cerdik dan anggun..dua org amek medic yang lagi sorang budak engine.mereka mereka itu pandai sebab mereka mereka itu sedut otak aku.itu lah teori aku.

aku hanya mampu Google tmpat-tempat menarik kat oversea saja. *sentap jantung ini*



rindu 3elite1 ..skrng semua sedang mngapai awan cita-cita yg luhur lagi berpekerti mulia serta awesome.

p/s I rindu you.you rindu I..hewhew
btw kwn yg aku mention nak fly tu ada la dlm gmbq ni..cari la sndiri..clue--depa ada mata,ada hidung,ada telinga..harhar









Argh.....Sentap!

Monday, July 2, 2012

juniorsssss

ASSALAMUALAIKUM saudara saudari yg dihormati dan disegani *smbil pakai blazer*

natijahnya pada semester ini dgn sedia maklum dan bangga diri serta bermanis muka ingin saya umumkan bahawa batch aku TIDAK lagi BOLEH DIGELAR junior sebab kami dah ada baby junior..woohoooo..tepuk tgn kuat2.kentut kuat2 utk raikan pesta ini..walaweyyy..selama 2 semester kami jadi hamba dan baby yg innocent.saat ini saat yg kami tggu *awt over sgt.mcm la mngsa dera kat paper utusan*

lantak aku la nak over ka apa nyah..sebuk ja kau mak jemahhhh..

nescaya dengan itu, ada segerombolan junior mendaftarkan diri di IPGKTB pada minggu lepas..sejumlah brapa aku tidak pula ambil kisah serta rajen utk aku mengira yg aku tau..ONLY ONE MALAY GIRL.other that that chinese and indian..hati dia kena tabah~ selamat bertabah dan menjalani hidup dgn bahagia serta awesome disini. and the best things is she is teslian.and she is OUR JUNIORSSSS..mungkin aku patot ajak dia minum teh tarik dan nasi pataya pak tam untuk mengeratkan ukhwah disebabkan dia tidak punya teman yg sealiran dgnnya..nanti2 lah aku akan aturkan temujanji tu *okey.tamau pun*

selain itu, sejumlah 4 kelas ditubuhan utk mereka..TESL,PSV,REKA BENTUK dan BAHASA MELAYU..

Disamping itu, pada satu hari..dimana burung2 tidak kelihatan terbang kesana sini dan ciap-miap burung tidak pula aku dgr.mungkin lari sebab jerebu agak sibuk memeriahkan suasana di penang dan khasnya di IPTB sbb kedudukannya yg berada diatas bukit..
aku ingin pergi ke ENGLISH UNIT *tmpt paling hebat kat IPTB* bersama seorang sahabat..kami pun jalan lah beriringan bersama-sama sambil berborak tentang apa akan terjadi kalau Britney Spears kawen dengan Farid Kamil sbb dgq2 gosip mcm tu..

TIBA-TIBA di satu selekoh..kami bertembung ngn junior2.time tu orentasi depa tak habis lagi.so, macam biasa la ayat yg paling aku sentubuh time orentasi dulu contohnya seperti " selamat pagi senior,hai senior" depa ucapkan kat aku !!

bapak murah ! angkat *slogan geng rabak aku* BANGGA GILA KOT ! depa siap tunduk2..no wonders la dulu senior buat muka blagak ja bila dpt ucapan salam dri kami junior yg innocent. baru aku sedaq how awesome that moment *menagis terharu*

aku n kwn aku apa lagi.buat muka blagak smbil angguk2 dan jalan mendabik dada dan dalam hati mnagis terharu SANGAT2..

aku tatau la apa perasaan ampa.tapi mcm ni la apa yg aku rasa bila junior hormat senior..walawehhh..ni baru sem 3 ppismp ni.kalau la aku sem 8..arghhhh lagi best !



p/s: BAGUSNYA junior2 ni..btw, sem ni sem yg akan membuatkan kelas aku dapat pahala bnyk *muka yakin*
nak tau sebab apa?? yaaa junior kami semua kepala otak cerdik *yakin sekali lagi* lect pasti aku gosip2 ngn junior tentang "kebijaksanaan" kami.. *sedih.muka kurang jelita*

dah.dah aku mencarut menggila lagi..hewhewwww



Argh.....Sentap!

Tuesday, June 26, 2012

sebaliknya

Assalamualaikum

things fall apart.tajuk novel dat i need to cover dis semester. yeahhh life isn't easy.

aku bukan nak ulas psl novel ni.mmg gila la kalau aku pie nak ulas menatang tu kat sini.

------------------------------------------------------------------------------------------

sometimes apa yg kita harapkan tak semua kita dapat *aku tau ni ayat lapuk* kisah plak aku lapuk x lapuk.sebab ayt ni lapuk la dia jdi legend. sebab kebenaran dia amat tinggi.

we expect A but kita dpt B..kita expect C tapi kita dpt D.kita expect ABCD tapi kita tak dapat apa2.it is better dapat jugak dri x dapat apa lngsng.. hargai la sesuatu tu.bersyukur dgn apa yang ada

today, i just can see what happen.let it be.ignored it.nothing much i can do because this is beyond my expectation. it MIGHT hurt.
aku x prnh menyesal.sbb ALLAH tahu apa yg terbaik.jalan yg ALLAH atuq lebih awesome dri segalanya.setakat hati yg sakit tadak masalah.aku boleh amek minyak gamat sapu bnyk2 kat encik hati.

encik hati, bertabahlah anda.aku tau anda awesome.benda remeh tak kan jadi daki pun kat you. i rasa you dah cukup matang nak menilai.

p/s kadang2 aku rasa memBlurkan diri sndiri dgn keadaan sekeliling lebih baik dri kita terlalu concern dgn sesuatu keadaan.

btw,mungkin aku perlu lupakan nescafe buat sementara waktu. itu jalan yg terbaik



Argh.....Sentap!

Saturday, June 23, 2012

rimas !

ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera

     new sem had just started. and i don't feel it awesome! seriously!! why? becoz i miss MR.HOLIDAYSSSS very much. i need you bebeh.come to mama come to mama *mintak penampaq* guess what the first day of lect we got a ' beautiful song' presented by MISS ZURIATI.. bombastic gila. EARLY IN THE MORNING okey.. but actually that was our fault. mana taknya kalau aku jadi Miss Zu pun mau jugak la aku menyanyi. bagi homework suruh buat time cuti sem.yg kami pulak siap2 janji nak buat. tapi sekoq pun x siap.mana dia tak kempunan nk mnyanyi kat kami.. aku taubat sengap ja time dia dok nyanyi tu.tuduk muka mcm nk cium meja. MISS ZU adalah lect yg paling aku gerun. even orgnya comel dan bergaya tapi wajahnya tetap menganggu tidur malamku..

tudia mmg masuk pun tajuk entry dgn pendahuluan yg aku buat ni.arghhh lantak aku la..aku kan awesome..

aku tak pasti bila.but i think on the second day kot aku mcm down sikit.DOWN? apa itu down??

DOWN adalah perkataan yg sinonim dgn budak2 kls aku.yeahhh budak2 TESL yg x brapa nk tesl *aku ja kot* perkataan ini akan diucapkan dikala kami kesusahan dan gundah hati memikirkan masa depan kami dlm bidang Tesl yg awesome ini.

lecture keep reminding us to communicate in english among the classmates. this is one of the way for us to improve our english. apa yg aku tau time ni..aku angguk ja la.yeahhh angguk tu adalah hobi aku.

one of our lect did say that " you were here for almost 1 year and half. you are now in sem 3. how could you cannot communicate in english after the class (in hostel,jusco,kedai jimat dan lokasi lain)..aku tak mampu menjawab bnyk

sudah.. cukup.cukup sudah~~

p/s aku rimas..cuba pie main jauh2 sikit.you have other people who really care for you.and i just can ignore you..


 



Argh.....Sentap!

Tuesday, June 12, 2012

enough is enough

ASSALAMUALAIKUM yg cantik manis semuewwwww..ueeww uewww

haaa sudah dok buat ewww uewww plak dah..ENOUGH!! actually x boleh nk stop tulis ewww ni sbb rasewwww cute cangat.. *pengsan

the past is remains as history. never look back.just go straight.enough is enough.don't try to get back or you will look bad.never give the chance but always look for the new chance.control urself before others take over you.u r the hero in ur own. you are the one who can stop it if others don't want to stop.

aku okey ja.aku kool ja.mana nk rasa apa pun.owhhh pelisssss..TOLONG la enough is enough.plss don't make me angkt bata hempuk atas pala you.

p/s aku perlu bertegas

cewahhhhhhhhh tegas mcm inspektorrrrrrr aih
Argh.....Sentap!

Monday, June 11, 2012

syukur Alhamdulillah..

ASSALAMUALAIKUM saudara saudari ladies and gentleman.

syukur Alhamdulillah i panjatkan kpd ALLAH SWT as i arrived safely at Kuala Nerang.

merantau jauh hingga ke tanah suci MAKKAH DAN MADINAH.seronok hingga tadak ayat yg boleh aku bagi..syukur2.dijemput menjadi tetamu ALLAH.

flight dri KLIA 23.5.2012 pkol 10 lebih (pagi). enam jam prjalanan kami transit ke Dubai! OMJAYYYY aku dah smpai Dubai..SAT ja lepak Dubai..ada kejadian yg menggeletek jiwa raga aku dan para jemaah umrah yg sepakej ngn aku..aku mmg nk tergelak sgt dgn mcm2 prangai tok2 (aku boleh pgl depa tok kot sbb lebih kurang sebaya dgn tok aku ja aku rasa)..bkn kat toilet tu ja..dr dlm flight lagi..

memandangkan Fly Emirates yg brtanggungjwb menerbangkan kami membelah awan maka bahasa Melayu sbagai bahasa rasmi negara MALAYSIA terpaksa disimpan ketat dlm hati daan sanubari. ENGLISH mnjadi medan untuk berkomunikasi..aku mmg nk tergelak bilamana tok2 tu still ckp melayu dgn FA and cleaner toilet kat airport. FA plak x phm apa yg depa kata.depa plak x phm apa yg FA kata..last2 pakat dok lawan kata YES AND NO JA LAAAA..

smpai kat MAKKAH x jadi mslh sgt laa sbb majoriti tau ckp mlayu. x mlayu pun indon sikit2..ya ALLAH best sgt2.aku taktau nk gmbar mcm mana.cuaca kat sana even panas.sbb srng musim panas tapi..peluh pun peluh tak bau apa.seriously. tengok KAABAH depan mata.satu bnda yg tak akan aku lupa smpai bila2.ALLAHUAKHBAR..syukur ALHAMDULILLAH..kalau ada rezeki.aku nk pie lagi.nak sangat..insyaallah.moga ALLAH jemput aku n family aku pie umrah n haji lagi.insyaallah.amin..

kat MADINAH..awesome jugak.kat sana tak la panas sgt mcm dekat MAKKAH..air dia boleh la rasa kesejukkan lagi.pie masjid NABAWI mmg best.seronok sgt sbb boleh masuk RAUDAH. ALHAMDULILLAH boleh berdoa dlm tu..even tadak rezeki nk solat sunat dlm tu sbb ramai n sesak sgt2.rasa tenang jaaa.best plak tu..aku rasa awesome sgt tauuuuu

p/s: insyaallah..ampa pun boleh pie aih kalau ada rezeki
kat Jabal Rahmah tempat mustajab doa utk jodoh :)



Argh.....Sentap!

Friday, May 11, 2012

pilihan sndiri

ASSALAMUALAIKUM. sayang cinta dan hatiku

jangan jadi hamba cinta.jangan jadi JANDA cinta..apa yg hg expect dari cinta sebenaqnya? jgn kotorkan kesucian cinta dgn maksiat..zina hati selalu terjadi antara sedar atau dak..

ya mudah utk dikatakan.tapi utk direalisasikan? memerlukan kekuatan yg sgt power DAN awesome..tapi kita sentiasa diberi pilihan dlm hidup ini.cuma kita sndiri yang tatau nak buat pilihan.even pilihan itu is too simple..

kita boleh pilih nak hidup sengsara tapi dalam kebaikan dan diberkati atau nk hidup bahagia dan seronok tapi bergelumang dgn dosa dan maksiat.see that is too simple.

yeahh sekali lagi simple di mulut tapi bukan dri hati..kalau ikot mulut msti kita akan cakap baik hidup sengsara tapi dalam kebaikan dan diberkati..tapi sesekali tu kita tanya hati kita..adakah kita betol2 boleh buat apa yg kluaq kan dri mulut tu. ini semua berbalik kepada IMAN kita..

one more time i want to stress that, it is not easy to let go something that we love.. tapi bnda tu x mustahil kan??

ya.we always expect to have someone who can be our true imam.imam solat dan jugak imam utk kehidupan kita..sentiasa nak yg terbaik..tapi adakah kita sudah cuba mnjadi yg terbaik? sedangkan kita ini mudah untuk menjadi hamba cinta..dan mungkin bakal menjadi JANDA CINTA atau sudah mnjadi janda cinta..

janda cinta? yaaa percintaan yg putus ditgh jalan tanpa ada sebarang ikatan yg sah..lps tu kita brani pulak mendambakan bakal suami kita dri golongan kaki surau kaki masjid..sedangkan kita tu sendiri dah jadi JANDA! brani pulak nak demand yg baik2.stock kaki surau kaki masjid..LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK..

ya ALLAH ampunkan dosa aku..

apa yg aku harap..dia mampu mnjadi imam aku..

p/s semakin kita tgk cinta semakin kita tau..apa yg sebenaqnya kita buat skrng ni..kebanyakkannya MENZALIMI CINTA..

PERGHHHHH HANG TGK AKU BERMADAH..BANGGA GILA ! JGN DOK BUAT MAIN NGN AKU.AKU POWN POWER GAK..HIKHUKHEKHOK



Argh.....Sentap!

Tuesday, May 8, 2012

keras

ASSALAMUALAIKUM..kepada sahabat handai dan rakan taulan

minggu ni what can i say adalah minggu yg paling heaven ! mai nak cium sikit.muahhhh..over mcm kentut.kenapa heaven? yeahhhhh sbb manusia yg ada dlm english unit MUST go to KL.they left us for 3 days..hahaha..evil laugh aku bagi utk point ini.tapi some reflection and reports make me stop laughing. arrr tapi ada saki baki lagi gelak tu utk aku curahkan dekat movie yg aku layan. dan yg penting kepada TROLL yg bnyk menyerikan hidup aku dikala aku susah dan senang.they are really awesome!!

waktu heaven pun pasti ada juga terselit pahitnya.sikit ja.alaaaa aku keras ja..or aku buat keras.tu la masalahnya.buat atau sememangnya aku tak peduli dan tak amek peduli..

kisah apa aku aku buat keras ka aku buat lembik ka.yg penting aku tau aku ni mcm mana.jgn cuba nak avoid dgn berlari-lari kesana dan kesini.sbb if u try to avoid bnda ni akan dtg bertimpa.percayalahhhh.it is not easy to say NO to something that we LIKE.i guess..tgn aku terketaq-ketaq nak tulis entry ni..sbb apa..aku tada jwpn yg pasti.

p/s aku nak minum nescafe hari2..tapi tak boleh sebab nescafe boleh buat aku ketagih.kalau ketagih susah.bnyk effect buruk kat badan.tmbh2 yg 3 in 1 punya nescafe.. pastu aku biaq ja la org amek nescafe 3 in 1 aku tu..aku boleh ja nak beli lain.tp buat masa skrng aku tamau beli nescafe 3 in 1.aku nak try minum aiq masak yg lebih AWESOME utk aku :)

sekali lagi aku merapu dan meraban..abaikan yaaa





Argh.....Sentap!

Saturday, May 5, 2012

merintih jiwa ini

ASSALAMUALAIKUM..mood nk update blog baru hadir

ALHAMDULILLAH.aku baru sahaja melepasi fasa yg sgt ganas dan durjana sepanjang hidup di ipg memasuki sem 2 ni (baru sem 2 dh rasa keganasannya)..

sepanjang minggu tu sifat down aku sgt terserlah.sakit hati mnjadi sahabat karib sepanjang menyusuri minggu tersebut.but, ALHAMDULILLAH and thanks to all my classmates aka sahabat sejati kat ipg ni..every hardship we gone through together.arghh nk mngalir air mata gadis aku ni.

bnyk bnda yg aku blajaq kat ipg ni..smpai kdg2 aku rasa tak tertelan semuanya.rasa bnyk racun dr madunya.hanya yg betul2 kuat saja yg rasa bnda ni awesome.dan aku tak rasa ini sgt awesome. even kentut aku lebih manis dan sweet dri racunan yg menggila dsn melalak ini.seperti org gila talak

terkilan dgn sesetengah pihak yg tadak hati.mungkin hati dia tu dia amek buang dlm longkang atau dia baling bagi anjing mkn.

dan ada pihak yg bnyk membantu memberi sokongan dan dorongan.i really appreciate it..

aku tatau la mcm mna nk mengharungi lagi 8 sem..arghhhh..semoga ALLAH kuatkan semangat kami.

ya aku agak poyo utk entry kali ni.nk seret muka aku kat tar diatas kepoyoan aku? sila la..sbb ampa x rasa apa yg aku dh rasa.aku dan kwn2 aku rasa.rasa mcm nk sembelih org pon ada.

p/s: sebelum ampa nk kutuk cikgu ampa tu.baik ampa pikiaq dulu.sebab kalau ampa nk tau.NAK JADI CIKGU ni mmg sgt payah.kesabaran kena ada kat tahap yg pling tinggi.serius aku tak tipu.

aku dok muhong.jgn jadi ngoi,nk prcaya racunan ni.
Argh.....Sentap!

Monday, April 23, 2012

hurmmmm

     ASSALAMUALAIKUM..hulaaa and hallo hulloi dan heylorrr

waktu aku dok menaip-naip menatang papan kekunci atau dlm bahasa ore putih ni keyboard katanya kepala otakku yg pintar ini giat berfikir.yeahhhh aku mmg pull-on dlm memikirkan sesuatu.biarlah ianya mnjadi tanda tanya yg aku buat utk diri aku sndiri..

haritu angin sewel aku mai secara mendadak.apakah itu angin sewel? *arghhh apa ni..sewel? owhhh pelishhh laaaa..oke2 bukan angin sewel,angin bijak okey..okey aku mula ayat balik..ehemm.ehemm

haritu angin BIJAK aku mai secara mendadak.mulanya sebab aku berborak bercanda mesra dgn sahabat aku.kami berbual indah tentang tajuk 'hidup ketika zaman kanak-kanak indah sgt.bincangkan' mcm tu la tajuk perbualan kami..

mula la keluaq segala bagai jenis menatang bnda yg kami dok main dulu2.yeahhh i admit.i rindu gila semua tu.i cerita mcm nk teriak ja rasa*melampau* dengan nada girang riang ria raya..dri satu bab ke satu bab yg lain.segala kisah dan sejarah zaman kanak2 dirungkai dan dibentangkan.

dari main aci sembunyi smpai la panjat pokok jatuh beskal..dri cerita Sailor Moon smpai la ke satu cartoon ni aku punya la bengap nk ingt tajuk apa.TENSION gila pikiaq.betapa aku x puas hatinya smpai aku mcg and chat kwn2 aku yg lain tnya psl kartun tu..weeewittt..ciri2 pelajar cemerlang..auuummm..2 tiga hari jugak la bnda tu kacau pala aku.aku serius x puas hati..LAST2 OTAK AKU YG BIJAK NI dapat merungkai jugak hasil bantuan rakan2 FB..

ni la dia menatang cerita yg seksa otak dan akal minda aku






MON COLLE KNIGHT !!!!!!!!!!!!!!

tenkiu KAWAN2..hikhok

p/s: angkara Nescafe aku jadi begini..syg kat Nescafe..auuummm aummmm

carutan menggila lagi
Argh.....Sentap!